Monday, March 23, 2015











Bilamana kamu sudah kenal hakikat diri maka kamu perlu menjadi hamba yang arif dalam diri kepadaNYA,mengenal sifat dan af'aal tuhanNYA, serta asma',kenal zahir dan batin,tahu buruk dan baik,sama ketika suka dan duka,tidak pula suka bila di puji,tidak berasa sedih bila dikeji.






http://www.futulghaib.blogspot.com/2014/07/hati-dan-minda.html#linkshttp://www.futulghaib.blogspot.com/2014/07/hati-dan-minda.html#links

Sunday, May 12, 2013

Doa Ibu Membawa ke Syurga





Islam menuntut kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa.Ia merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita selama ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

 Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

Yang maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Selain itu, ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Dalam firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Yang maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

"عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ."

Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."

Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang terguris di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

P/S: Berbuat baiklah dan rebutlah pelunag untuk berbakti kepada kedua ibu bapa sewaktu mereka masih ada. Sesungguhnya ganjaran Allah amat besar bagi mereka yang taat dan mengasihani ibu bapa mereka.

Amalan Yang Dibawa Selepas Mati


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya
."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya" Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

Friday, March 8, 2013


Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun “ustazah”. Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.
Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat utk pulang. Termasuk lah Aishah.
“Erm Aishah, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. “entahla~” jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. “Aik? entah je? abes tu, Aishah pakai purdah ni sebab ape? saje suke2? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.
“erm..ok lah..sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Ape itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. “Alaah~ mudah jep, sunnah tu segala2nya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. dan utk hukum sunat, sume orang slalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape~ kan2?“
“MashaAllah, hebat Aqilah ni. buleh jadi ustazah dah ni~ buleh ganti ustaz amirul.hehe.” Aishah bergurau. “Ade2 je la Aishah ni." Aqilah bersuara malu. “Gurau aje la..ok2..kite sambung balik eh..” Aishah mengembalikan perbincangan. “Betul sgt ape yg Aqilah cakap tadi. Pasal sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran baginda saw. Cuma ade sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu.."
“Eh salah ke? astaghfirullahalazim~” kerisauan Aqilah jelas terpancar.  "Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam, so, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.” Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
“Alah, Aishah ni rendah diri pulak.. macam la Aqilah tak tau.. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab.. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal2 agama~” Aqilah memuji Aishah. “segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit2 aje..” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.
“Ok2..sambung eh, yang pasal hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, sapa yang buat dapat pahala, sapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa2. Tapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah al-’Asr, “setiap manusia itu dalam kerugian..". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung takpe lagi, sebab masih buleh mengembalikan modal, tapi kalau rugi? rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baek untuk kita.” Hurai Aishah.
“Oooo..mcam tu eh. Betul2. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak2 datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. hehe. ok2. erm..jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat la eh? buat dapat pahala, tak buat rugi..gitu?” Aqilah kembali bertanya. “Tak jugak~” sekali lagi mudah Aishah menjawab. “Pulak dah~ abes tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan.
“Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah menjelaskan.“Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?” Aqilah inginkan kepastian. ““Ya” pada Aishah, mungkin “tidak” bagi orang lain. Ada yang kata wajib, ada juga yang kata haram, macam2. tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar bagi nya. inshaAllah.” Aishah menjawab. “Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw…takkan la Nabi …..” Aqilah kelihatan cuba membayangkan sesuatu. Mungkin lelaki memakai purdah.
Aishah ketawa kecil, “memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi..tapi, isteri dan anak2 Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt dah kasi “title” yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak”.  “title” ahli syurga? apa die?” Aqilah ingin tahu. “RadiaAllahu’anhu waradhu’anh (Allah redha ke atas mereka)” jawab Aishah.
“Oooo..Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu? hehe” Aqilah tetap ingin tahu.“Oklah..senang je..sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. itu jep.” Aishah tenang menjawab. “Ooo. gitu eh? kalau camtu, buleh “share” dengan Aqilah tak dalil dalam Quran suh pakai purdah?” Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan  yang sentiasa dibawakan bersama. “Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. surah al-ahzab, ayat 70-71."
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 70-71] .
“Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot~” Aqilah cuba mendapatkan kepastian. “Eh, tak lah. betul la tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu." Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai.“Ok, cuba baca ayat ke dua yang ada kat situ” pinta Aishah.
“Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71]
 "Ok, kali ni, ulang ayat last yang ada diayat ke 71 tu.” pinta Aishah lagi.
“Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. “Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?” tanya Aishah. “MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi~” Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.
“Yup~ itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah “extremist” atau ape2 pun Aishah tak kesah,  sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercenta dan sahabat serta sahabiyah baginda. mereka itu manusia yang dijamin syurga. siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka.” tambah Aishah.
“Allah~lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! heee~” Aqilah memberi azam. “Amin ya Rab. suke sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap camtu” Aishah mengambil hati. “hehehe…emm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz bagitahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu bagitahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)” Aqilah cuba berkongsi ilmu. “Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? ” Aishah inginkan kepastian.
“Haaaa…”lurus” yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!” Aqilah mengagumi Aishah.
“Oooo..kire Aqilah nak kate Aishah ni “lurus” la eh?” Aishah bergurau. “Eh? Buleh jugak kot~ haha”spontan jawapan dari Aqilah. “Amboih~” Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, “Ayoyoyo~ tak mau balek lagi ka~? semua orang sudah balek la..saya mau tutup ini bilik la~” tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.

“Eh, sori uncle, ok, ok, kami dah nak balek dah ni..hehehe…jom Aishah~” Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.